Followers

Monday, February 8, 2010

Semangat anak remaja





Aduhai...anak remaja. Kalian memang sangat bertenaga...usia muda katakan. Hampir dua minggu aku perhatikan, kalian berlatih kawad di dataran perhimpunan tanpa mengira panas mentari. Em...bagus juga jika aku buka kepada warga sekolah untuk menjenamakan dataran ini.

Berlatih lah sayang, berlatihlah...6 Februari menentukan kehebatan platon kalian. Aku mengharapkan anak-anak didikku ini seimbang kecemerlangannya. Dapatan dari pemerhatianku mereka ini sangat rajin berlatih. Kadang-kadang pagi tak datang untuk sesi p&p, alih-alih petang ada berkawad. Ini lah situasi yang berlaku dalam segelintir anak didikku.

6 Februari 2010 - 'Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Peringkat Sekolah' diadakan. Kehadiran pelajar diambil di tapak perhimpunan dan mereka diberi markah kokurikulum kerana terlibat secara tidak langsung menjayakan pertandingan ini. Sebenarnya aku dah tiga hari tiada di sekolah kerana berkursus di IAB Induk Genting Hingland. Namun syukur kepada Ilahi dan terima kasih kepada PK Koku yang telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik...biasalah 'empowerment' mesti dibuat. Suatu hari nanti mereka juga bakal meneraju sesebuah sekolah.

Dalam ucapan perasmian penutup pertandingan ini, aku garapkan harapan berikut kepada semua yang hadir khasnya anak didikku:
1) Guru dan murid berpakaian unit uniform masing-masing pada setiap hari Rabu.
2) Kesungguhan berlatih diterjemahkan juga kepada kesungguhan dalam mencapai
kecemerlangan akademik
3) Tingkah laku berdisiplin diamalkan pada setiap masa demi merealisasikan sahsiah mulia.

Ah...cukup lah dulu...sekadar ini yang dapat ku kongsi di sini. Kuabadikan tiga keping gambar anak-anak didik yang hebat di padang kawad. Moga-moga mereka juga hebat dalam akademik dan berpekerti mulia. Ameeen.

No comments:

Post a Comment