Followers

Thursday, February 11, 2010

Bersama Meraikan Xong Xi Fa Cai di SMKSK





Semalam aku dan suami mengunjungi gerai yang menjual limau mandarin. Setelah memilih buah yang berkualiti, aku membeli enam kotak liamu mandarin untuk majlis "Bersama Meraikan Xong Xi Fa Cai" yang julung-julung kali diadakan di sekolahku ini. Aku rasa gembira sekali kerana berpeluang bersama rakan pentadbir, guru-guru, staf dan seluruh murid-murid memberi sedikit kegembiraan kepada pelajar Tionghua yang kurang berkemampuan menyambut Tahun Baru Cina ~ Tahun Harimau. Walaupun sekadar dua biji limau mandarin dan RM10.00 sebagai angpau, ia cukup menampakkan kegembiraan dalam kalangan anak-anakku yang berbangsa Tionghua. Mereka rasa dihargai walaupun bilangan mereka tidak ramai di sekolahku ini.

Kaunselor telah mengenalpasti seramai 22 orang murid Tionghua, 5 orang Melayu dan 5 orang India yang kurang berkemampuan. Limau mandarin disampaikan oleh 32 orang ketua kelas kepada mereka. Cara memberi limau mandarin juga ditunjukkan supaya mereka belajar memahami budaya masyarakat Tionghua yang meraikan Tahun Baru Cina. Selain itu, aku bersama rakan pentadbir dan guru menyampaikan sampul merah 'Angpau' kepada mereka. Harapanku majlis nini memberi impak ke arah pemupukan perpaduan antara pelajar demi melangsungkan keharmonian, sayangkan sekolah dan sekali gus dapat menjana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Jam 7.20 pagi: Murid-murid berkumpul di dataran perhimpunan manakala guru dan staf berbaris di koridor pejabat dan bilik guru untuk menyaksikan berlangsungnya majlis ini. Sekolahku hanya ada seorang sahaja guru Tionghua dan dia juga menerima limau mandarin dalam majlis ini. Walau apapun .... cikgu ucapkan 'XONG CI FA CAI' kepada semua murid Tinghua dan Pn Michele.

No comments:

Post a Comment