Followers

Sunday, September 13, 2009

Majlis Penutup Bulan Kemanusiaan dan Kemerdekaan

11 September 2009 - Jumaat : Pagi tu persiapan telah dibuat oleh jawatankuasa majlis. Guru-guru dan murid sepakat dan saling bekerjasama menyiapkan pentas. Di sekolahku ini 'Bicara Tokoh' memang menjadi pengisian setiap kali menyambut bulan kemerdekaan.

Bicara Tokoh kali ini bersama Tan Sri Datin Paduka Seri Zaleha Ismail
Tokoh ini sampai di perkarangan sekolah jam 7.50 pagi. Beliau memang seorang yang menepati masa. Jemputan untuknya jam 8.00 pagi. Aku teringat masa di sekolah lama, beliau kerap dijemput dan banyak memberi sumbangan kewangan semasa menjadi ahli parlimen dulu.



Inginku kongsikan di sini nikmat kemerdekaan yang
diungkapkan oleh Yang Berbahagia Tan Sri:

Nikmat Kerajaan sendiri:
Rakyat dapat memerintah sendiri negara tercinta ini.
Nikmat Kesihatan:
Kesihatan rakyat diutamakan dengan banyaknya kemudahan kesihatan
Nikmat Pendidikan:
Banyak universiti ditubuhkan tapi anak bangsa mesti bersaing untuk
menjejakkan kaki ke menara gading.
Nikmat alam sekitar :
Rakyat mestilah menghargai alam sekitar agar sentiasa terpelihara demi
anak cucu kita pada masa depan. Setiap rakyat berhak
mendapat alam sekitar yang bersih.
Nikmat ekonomi:
Negara mengagihkan kekayaan kepada rakyat secara langsung atau tidak langsung.


Aku bukanlah pakar dalam hal politik tetapi syukor negara ini tidak dijajah secara fizikal lagi. Namun yang membimbangkan aku ialah kerenah anak-anak muda masa kini.

Wahai anak muda! Jangan biarkan mindamu dijajah oleh perkara-perkara negatif yang akan mengadaikan maruah agama, bangsa dan negara ini.

Antara sepanduk kemerdekaan yang
dihasilkan oleh pelajar.


Sebahagian guru SMKSK pada majlis tersebut.
Pn Norliza menyampaikan sajak khas untuk sri kandi negara Tan Sri Datin Paduka Seri Zaleha Ismail
YDP PIBG Tn Haji Abdul Aziz, menyampaikan hadiah
kepada salah seorang pelajar yang memenangi
aktiviti pertandingan sepanjang bulan Kemanusiaan dan Kemerdekaan.



Menyanyikan lagu Satu Malaysia, lagu 31 Ogos dan Bahtera Merdeka

Merdeka!

Merdeka!

Merdeka!


Sunday, September 6, 2009

Aku jatuh cinta...memori indah bersamamu

Jatuh cinta!!!..... memang indah sekali. Memang aku sesangat jatuh cinta dengan subjek kesukaanku. Apa lagi 'GEOGRAFI" la. Apa tidaknya....subjek ini banyak mewarnai kehidupanku. Mungkin juga aku ni anak desa, membesar dalam lingkungan alam semula jadi yang indah, nyaman dan tenang. Hai!...rakan-rakan, hai anak-anak didikku!, kalian tentu dapat menghirup udara 'oksigen' yang nyaman dan bersih bila berada di kawasan yang baaaanyak tumbuh-tumbuhan hijau 'pokok'. Fikiran juga menjadi tenanggg....setenang air di kali.

Selain itu, geografi mendidik kita menjadi khalifah bumi yang bersyukur dengan keindahan alam ciptaan Ilahi.Sebagai contoh kita dapat melihat sendiri kepelbagaian tumbuh-tumbuhan yang berubah ciri-cirinya mengikut ketinggian. Justeru, bagi insan yang mahu berfikir mereka akan menghargai dan memelihara alam sekitarnya. Jika tak percaya....cubalah tanya cikgu-cikgu geografi atau 'sahabat alam'.

Lantaran kecintaanku pada subjek ini, aku berhasrat mendaki Gunung Kinabalu. Syukur kehadrat Ilahi, aku, suami dan anak bongsu Haziq dan bersama enam rakan yang lain telah berjaya sampai ke puncakmu Kinabalu. Cuma seorang je yang tak sampai ke 'summit'. Memori indah di puncakmu Kinabalu tidak akan kulupakan. Pengalaman ini segar dalam ingatanku bak sesegar udara di puncakmu. Oh! Tuhan....luasnya bumiMu yang terbentang di depan mataku dan indahnya pemandangan matahari terbit pagi. Aku juga dapat melihat kejadian olak suhu dari puncakmu Kinabalu.


Pukul 7.00 pagi ~ 4 Disember 2007

Aku bersama Haziq dan Fauziah ~ melepaskan lelah sekejap. Cuma 500 meter aje lagi nak sampai ke 'summit' Low Peak.




Lumut ~ tumbuh-tumbuhan gunung









Orkid ~ juga tumbuh-tumbuhan gunung





Pokok renek yang berdaun merah ~ bukannya bunga tau..




Jika ada keizinan kesihatan rasa nak lagi mendakimu Kinabalu. Bukannya apa-apa, dalam perjalanan menuruni cerun yang curam untuk balik ke kem, ada pendaki yang dah berusia terpaksa didukung oleh malim gunung untuk turun kaki gunung. Em...upahnya mahal.

" Ilmu yang ada pada seseorang pasti mempengaruhi cara hidup dan cara individu itu berinterksi dengan alam sekitarnya".

Saturday, September 5, 2009


Masa berlalu terlalu pantas...1 September yang lalu, aku telah 6 bulan berada di sekolah baru. Em..em... banyak lagi perkara yang mestiku gali dan fikirkan. Namun, kesyukuran kupanjatkan pada Ilahi kerana dalam tempoh ini hambamu mendapat respon yang positif. Belajar dan terus belajar... Ini la sekolah baru aku.

PMR datang lagi...

PMR datang lagi...

Anak didikku telah mendapat peluang menduduki ujian kertas geografi dan sejarah yang dikendalikan oleh LPM. Seramai 100 orang pelajar menduduki ujian tersebut. Dulu..dulu... ada sekali dijalankan ujian serupa ini di SMKSP. Kali ni...peluang anak didikku di SMKSK

Saturday, August 22, 2009

Budaya ICT di SMKSK



20 Ogos 2009 ~ Khamis

Pn Hajjah Noraizan(Pengetua) En Pazir(PK HEM), sebahagian guru dan En Othman (KPT) bergambar bersama En Khaidir bin Abdullah Daud ~ Juruteknik Komputer yang mengendalikan kursus senggara komputer secara hands on di makmal komputer sekolah.

Berdasarkan analisis SWOT ~ aku dapati senggara komputer menjadi masalah di sekolahku ini. Sekolah ada makmal dan note book yang dibekalkan melalui dasar pendidikan (PPSMI). Sekolah tak layak dapat juruteknik komputer. Namun akal kena panjang dan hubungan komuniti mestilah baik. Pengalaman sebagai PK Pentadbiran di Sekolah Bestari di Gombak, banyak membantu aku menjalankan tugas baru ini.

Syukor ke hadrat Ilahi dan terima kasih kepada pengetua SMKSP kerana telah memberi sokongan kepadaku untuk menjayakan kursus senggara ICT di SMKSK. Kursus secara hands on dilaksanakan dalam 4 sidang dan melibatkan (48 orang guru). Guru-guru amat menghargai usaha ini. Lepas ni mereka dah tahu la samada nak repair atau nak reformat note book atau pc sekolah. Apa-apa pun driver pc mesti ada da... untuk senggara komputer tau. Maka rekod harta modal mesti la kemas kini beb.... Semoga budya ICT terus berkembang dalam kalangan guru-guruku. Lepas ni nak perluaskan pada murid-murid juga.

Ramadhan yang kunanti kedatanganmu

Ahlan wasahlan ya Ramadhan 1430

4.30 pagi dah bangun untuk siapkan juadah simple bersahur. Shukor ya Allah hurabbi... Dah lama sangat tak bersahur dengan anak-anak. Angah balik dari Shah Alam pukul 6.30 petang. Senyum lebar aku menyambut anak pulang ke rumah. Along pulak tup..tup cal 4.30 pagi dari Bangi, nak balik umah bersahur dengan ibu abah. Adik 'Haziq' pula masih dalam keretapi dari Kuala Kangsar(MCKK). Keretapi dari utara delay pukul 2.00 pagi so adik bersahur dalam keretapi la. Pengalaman betul untuk anak bongsuku ini. Alhamdulillah... pagi ni bersahur berempat. Dah bertahun-tahun tak bersahur empat beranak... ya la anak-anak masih mengaji di IPT.

Semoga Ramadhan kali ni dipenuhkan dengan seberapa banyak amal ibadat.Di kiri kanan, depan belakang bonus Allah sediakan. Marilah kita kutip anak-anakku.

Kepada rakan-rakan, guru-guruku dan murid-muridku, saya doakan kalian juga mendapat keberkatan dan keampunan dari Allah. Selamat Berpuasa..

Monday, August 10, 2009

Immersion with my handful mentor

Immersion Programme for a new principle in Selangor

Hari ni nak tulis kot English la... cuba...cuba... Ya la, aku ni bukan orang putih.Anyway cuba je la. If any mistake please correct me....I don't mind....keep on learning...he...he...

Syukran dan Terima kasih Ya Allah~ regarding to the immersion programme that I involved today until 14 th Ogos 2009. A lot of hands on knowledge I got from my handful mentor Pn Ho Chee Lean. I really appreciate her sincerely to guide me and kak Milah (SMK Taman Bunga Raya) . The meaningful advises are really made me confortable to know her better. Of course, I'll ask her the secret of her success in order to drive the DG54. May God bless you Pn Ho. Hey friend's, everybody have their own dream that should come thru'. InsyaAllah!! For me ....... simpan dulu la. This afternoon, we are visited to the former school of Pn Ho ~ SMK Seri Garing. Wow!! ....

Thanks a lot to Pn Jamaliah, En Pazir, Pn Suhaida, my dearest teachers and my smksk kids. Maaf kerana selalu ditinggalkan atas tugas-tugas rasmi.

Monday, August 3, 2009

Pokok Kundang,
sukar betul nak kucarimu....sekolahku yang ke empat ni namanya sejenis buah 'buah kundang'. Sekitar tempat ni tak pula kutemui pokok buah kundang. Maka masa balik kampung, aku sibuk minta adik dan ayahku mencari pokok kundang untuk ditanam di sekolahku. Syukur, hari ni genap lima bulan aku memimpin SMK Seri Kundang. Aku berazam untuk mengadakan majlis menanam pokok kundang di sekolah ini.
Misi dan Visi sekolahku akan berakhir tahun 2009 ini. Apa-apa pun misi PMR mesti direalisasikan tahun ini....prestasi mesti ditingkatkan walaupun satu peratus....eh...mana cukup....3% peringkat kebangsaaan. Mudah-mudahan....Ameen

Sunday, July 26, 2009

esei dg48

Sehari suntuk duduk depan komputer....kumpul bahan untuk esei ptk dg48 aku. Belum mula lagi...

Thursday, July 23, 2009

Hari ke 144 ~ Khamis oo... Khamis

Khamis...oh..Khamis ~ 23/7/2009,
Dalam takwim, hari ni aku mempengerusikan mesyuarat kewangan ke 2 .... apa dah jadi...apa dah jadi... terpaksa tangguh ke tarikh baru. Nazir Persekutuan KPM datang ke sekolah dari jam 8 pagi hingga 2.45 ptg. Mereka memantau pnp guru tassawur islam dan pengurusan fail tassawur serta pendidikan islam. Sesi taklimat dapatan paling aku tunggu... tunggu.... semua ustazah dan ustaz (sorang je) dipanggil untuk sesi ini.
Biasa la....nazir buat kerja mereka tapi pendekatannya banyak perubahan berbanding dulu. Sebagai pengetua baru di sekolah ni (hari ke 144) banyak maklumat tersirat menerpa di benakku...anyway itu sejarah pengurusan dulu. Aku ada tanggungjawab dan amanah yang mesti ditunaikan demi melonjakkan kecemerlangan sekolah. Terima kasih ya Tuhanku....ada hikmah di sebalik kehadiran nazir ini.....

Saturday, July 4, 2009

Duri-duri Yang Tajam

Seminggu berkursus di IAB Genting, hari ni baru sempat buka blog. Ahad ~ 5/7/09 naik balik ke sana. Anyway pelbagai input Kepimpinan Pengurusan Pendidikan aku peroleh...bukannya senang jadi pemimpin di sekolah. Mesti rajin dan banyak membaca, berpengetahuan, kreatif, banyak berfikir dan tentunya komunikasi mesti berkesan. Segala tindakan melibatkan integriti, akauntabiliti, amanah dan ketelusan kerana ia ada impaknya....Aduhai...Tuhanku...Ya Allah, berilah hambamu yang lemah ini kewarasan dan kebijaksanaan dalam hal ini kerana di sekelilingku terlalu banyak cabaran umpama duri-duri yang tajam. Duri-duri ini mengingatkan aku supaya selalu berada di landasan yang betul dalam pengurusan. Sakit gak kepala weh!!!

Tuesday, June 23, 2009

Remaja hanya sekali ...tak ternilai harganya

23 Jun 2009
Publish Post
Remaja kini amat rapuh memberi 'cinta' kepada rakan sebaya. Hari ni aku didatangi oleh penjaga bersama anak gadisnya yang belajar di sekolahku. Isunya cinta monyet. Tingkatan tiga pulak tu,....alahai, syukur la aku ni lulusan sarjana psikologi. Umur-umur gini memang 'intrested' kepada gender yang berlawanan. Ibu bapa mesti beri perhatian pada anak-anak remaja 'teen age' ni. Siasat punya siasat.... rupanya dah sebelas bulan bercinta sakan alih-alih nak putus. kedua-duanya akan diberi nasihat oleh kaunselor..... remaja hanya sekali.... tak ternilai harganya.

Monday, June 22, 2009

jangan ambil mudah

Hari ni, mempengerusikan mesyuarat pegawai kanan kadet polis... segaknya rakan-rakan guru yang pakai uniform kadet polis....Tapi jangan ambil mudah... pesan SI(Sub Inspektor) dari IPD, jangan singgah mana-mana dengan pakaian uniform ni. Ingatkan polis 'betul' lain cerita pula jadinya.Ingat tu jangan ambil mudah.

jangan ambil mudah

Hari ni, mempengerusikan mesyuarat pegawai kanan kadet polis... segaknya rakan-rakan guru yang pakai uniform kadet polis....Tapi jangan ambil mudah... pesan SI(Sub Inspektor) dari IPD, jangan singgah mana-mana dengan pakaian uniform ni. Ingatkan polis 'betul' lain cerita pula jadinya.Ingat tu jangan ambil mudah.

Thursday, June 18, 2009

Persembahan Murid Pendidikan Khas

18 Jun 2009 ~ Aku ke majlis sambutan hari guru daerahku di sebuah sekolah berasrama penuh. Sesungguhnya mulianya tugas seorang guru jika amanah dan tanggungjawab disempurnakan. Aku terkedu melihat empat orang pelajar pendidikan khas membuat persembahan di pentas. Semua hadirin begitu terpegun dengan keupayaan mereka. Suaramu lunak dan sedap mendendangkan lirik-lirik lagu yang mempunyai mesej untuk hadirin.Tahniah kepada pendidik....

Allah makbulkan hajatku....

17Jun 09~ Aku ke Selayang Mall untuk menghadiri majlis perasmian derma darah sempena hari guru daerahku. Kali ni ...he...sebagai pengetua ~ baru tiga bulan je. Sebenarnya ada satu hajat yang belum kesampaian di usiaku ini. Aku nak derma darah...kali ni tak boleh lepas peluang. Dulu masa jadi Penolong Kanan tidak teruja pula nak derma darah...ya la kerja banyak...sangat. Syukur aku tak da makan ubat darah tinggi atau kencing manis dan sihat maka dengan izinNya aku melepasi check up untuk menderma darah. Tuhanku... terima kasih atas izinMu... 350 ml darah telah aku sumbangkan untuk Tabung Darah Negara tercinta ini. Bersamaku... seorang rakan pengetua Pn M dari Rawang turut berjaya menderma darah.

Sunday, June 14, 2009

Perhimpunan Rasmi

Esok Isnin ~ jumpa pelajar-pelajar di perhimpunan rasmi.Aku harap mereka ni bersemangat datang ke sekolah. Ya la...belajar adalah tanggungjawab mereka.Semoga mereka diberi semangat kental olehNya dalam mengharungi dunia remaja yang semakin mencabar kini.

Cuti dah abis

14 Jun 09 ~ cuti terakhir.Aku ke Kuantan... banyak perubahan.Lama tak ke sana.Ni pergi pun sebab kenduri kahwin anak jiran di Sri Gombak...esok sekolah... syukur tak de trafik jam.Agaknya ramai ibu bapa balik awal sehari...he..he...nak gosok baju sekolah anak la t.