Followers

Sunday, September 6, 2009

Aku jatuh cinta...memori indah bersamamu

Jatuh cinta!!!..... memang indah sekali. Memang aku sesangat jatuh cinta dengan subjek kesukaanku. Apa lagi 'GEOGRAFI" la. Apa tidaknya....subjek ini banyak mewarnai kehidupanku. Mungkin juga aku ni anak desa, membesar dalam lingkungan alam semula jadi yang indah, nyaman dan tenang. Hai!...rakan-rakan, hai anak-anak didikku!, kalian tentu dapat menghirup udara 'oksigen' yang nyaman dan bersih bila berada di kawasan yang baaaanyak tumbuh-tumbuhan hijau 'pokok'. Fikiran juga menjadi tenanggg....setenang air di kali.

Selain itu, geografi mendidik kita menjadi khalifah bumi yang bersyukur dengan keindahan alam ciptaan Ilahi.Sebagai contoh kita dapat melihat sendiri kepelbagaian tumbuh-tumbuhan yang berubah ciri-cirinya mengikut ketinggian. Justeru, bagi insan yang mahu berfikir mereka akan menghargai dan memelihara alam sekitarnya. Jika tak percaya....cubalah tanya cikgu-cikgu geografi atau 'sahabat alam'.

Lantaran kecintaanku pada subjek ini, aku berhasrat mendaki Gunung Kinabalu. Syukur kehadrat Ilahi, aku, suami dan anak bongsu Haziq dan bersama enam rakan yang lain telah berjaya sampai ke puncakmu Kinabalu. Cuma seorang je yang tak sampai ke 'summit'. Memori indah di puncakmu Kinabalu tidak akan kulupakan. Pengalaman ini segar dalam ingatanku bak sesegar udara di puncakmu. Oh! Tuhan....luasnya bumiMu yang terbentang di depan mataku dan indahnya pemandangan matahari terbit pagi. Aku juga dapat melihat kejadian olak suhu dari puncakmu Kinabalu.


Pukul 7.00 pagi ~ 4 Disember 2007

Aku bersama Haziq dan Fauziah ~ melepaskan lelah sekejap. Cuma 500 meter aje lagi nak sampai ke 'summit' Low Peak.




Lumut ~ tumbuh-tumbuhan gunung









Orkid ~ juga tumbuh-tumbuhan gunung





Pokok renek yang berdaun merah ~ bukannya bunga tau..




Jika ada keizinan kesihatan rasa nak lagi mendakimu Kinabalu. Bukannya apa-apa, dalam perjalanan menuruni cerun yang curam untuk balik ke kem, ada pendaki yang dah berusia terpaksa didukung oleh malim gunung untuk turun kaki gunung. Em...upahnya mahal.

" Ilmu yang ada pada seseorang pasti mempengaruhi cara hidup dan cara individu itu berinterksi dengan alam sekitarnya".

3 comments:

  1. dah beberapa kali sampai KK pakat lalu je kat sini - tak naik2 jugak! kadang2 rasa ngeri nak naik dengan usia sebegini....he3x

    ReplyDelete
  2. Sonata banyak shopping kat KK kot. Kebetulan, nur eye sekepala dengan cikgu yang suka aktiviti out door. Tu yang jadi. Masa tu em...emp...empat tujuh dah. Alhamdulillah tak da tiga serangkai tu. Harap boleh maintain.Amin

    ReplyDelete
  3. ckgu mmg guru geog yg best!!.

    berkat bantuan dr cikgu la geog sy dapat A..hehe...terima kasih cikgu...

    ReplyDelete