Followers

Monday, October 17, 2011

Bangkok Banjir

Persiapan telah dibuat. Pasport...cuti tahunan...tinggal nak pergi je. Majlis Pesaraan Pengetua-pengetua Gombak terpaksa ditangguhkan. Ada hikmahnya...Bangkok Banjir. Perjalanan kami menaiki KTM dar Kl Central ke Padang Besar. Huh...teruja la juga, lepas tu menaiki bas ke Bangkok. Ha...ha...Bangkok Banjir... namun TAKZIAH buat kak Zakiah yang baru je besara pada 29 September yang lalu. Semoga allahyarham suami akak ditempatkan bersama mereka yang soleh. Al Fatihah. Dijangkakan abang turut serta dalam lawatan ke Bangkok 14 - 20 Oktober 2011 ini. Semoga kak Zakiah tabah...

Thursday, March 24, 2011

Kecemerlangan Bukannya Kebetulan

Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!....kuungkapkan 3 kali penghargaan buat murid-muridku yang mencipta kejayaan cemerlang dalam SPM 2010. Penat lelah dan pengorbanan masa tidurmu, masa rehatmu dan masa bermainmu telah berbayar dengan kejayaan. Itulah yang dikatakan 'Kecemerlangan Bukannya Kebetulan'
.
Kepada murid-muridku yang prestasi hanya ala kadar saja, tanyalah dirimu, soallah dirimu, persalahkan dirimu dahulu kerana apabila menunjuk sesuatu, empat daripada jarimu menghala kepadamu.
Gurumu yang bersalah?...mungkin ya, mungkin tidak!! Bondamu yang bersalah? Oh...tidak! tidak! tidak!. Ayahandamu yang bersalah? Em...juga tidak!!!!...habis siapa yang bersalah atas kegagalanmu itu? Sekolah?...Fikirkan betul-betul!!! Setahun berapa hari saja kehadiranmu? Siapkah kerja sekolahmu?....Maaf kerana banyak sangat soalan cikgu. Namun pada cikgu masih ada ruang dan waktu untuk membetulkan keadaan. Kamu baru berumur 18 tahun, peluang dan pilihan banyak di luar sana untuk dipilih. Pilihan adalah tanggungjawabmu wahai anak didiku.Jika kau keliru dan tidak pasti....datanglah, datanglah kepangkuan cikgu, banyak tangan yang sedia membantu.
Salam dan ingatan kasih dari gurumu...pn nor.

Wednesday, March 16, 2011

Cuti 3 Hari

Cerita hal sekolah memang tak habis ... Mulai hari ni aku ambil cuti tahunan hingga Jumaat (18/3) dan sambung hujung minggu. Dalam perkiraan, ini cuti pertama yang aku ambil untuk tahun 2011. Rindu benar pada bonda, ayahanda dan adik-adik di desa. Aku rindu suasana di kolam ayah yang tenang airnya.

Yes!!! ini lah masanya untuk aku memancing di kolam buatan milik ayahku.
Terbayang ketenangan dan nyamannya menghirup udara pagi yang segar dan bersih!!!

PALING UTAMA .... aku nak relax dan rehatkan minda.
Simpan dan menjana tenaga serta fikiran untuk sinergi kecemerlangan sekolah.

Saturday, March 12, 2011

Cemerlangkan Dirimu Sayang


Wahai anak didikku...
Apa jua program yang diadakan,
semuanya, semuanya memberi impak kepadamu
Januari, Februari telah berlabuh
Kini Mac 2011 membuka tirainya,
Sepetang Bersama JUSA C Bahasa Inggeris,
Simulasi Haji,
Sehari Bersama Cgu Jinggo,
Tahbib Bahasa Arab.....
Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Kokurikulum,
Kursus Kepimpinan Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan dan AJK Kebersihan
telah berlangsung untuk menitip kecemerlangan diri kalian...
Kumohon pada kalian anak-anak didikku...
Cemerlangkan Dirimu Sayang dengan
Ilmu dunia dan jambatan ke akhirat...
Wahai mata yang memandang,
Wahai telinga yang mendengar...
Berat lagi bahu yang memikul tanggungjawab ini.
Program untuk guru, impak untuk murid dan organisasi.

Salam Kecemerlangan buat guru-guru dan anak-anak didikku.
Pn Noraizan

Wednesday, February 9, 2011

Apa jawapan yang enak untuk diungkapkan

Hari ni mesyuarat Pengurusan Bil 3 di Bilik Gerakan.
Semua pentadbir hadir.
Macam-macam isu diketengahkan mengikut skop pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Benakku puas memikirkan apa jawapan yang paling enak untuk diungkapkan dengan persoalan ini.
Isunya:
Penilaian Markah Kokurikulum penting untuk semua murid.
Menurut Pen.Kanan Kokurikulum,
Seorang murid tingkatan 5 memberi respon.
" Cikgu, mengapa saya nak utamakan markah Koku, SPM pun belum tentu lulus.
Apa maknanya markah kokurikulum pada saya".

Aduhai anak didikku!!!
Beraktiviti melalui Kokurikulum bukan sekadar untuk melanjutkan pelajaran!!!
Terlalu banyak faedah yang dapat kau peroleh secara langsung atau tidak langsung!!!
Kemahiran Berkomunikasi,
Mengasah Bakat Kepimpinan,
Memantapkan Jati Dirimu untuk menjadi Perisai
kepada Perjuangan Kelangsungan Kehidupan di luar sana!!!
dan
Banyak lagi 'Soft Skill' yang menantimu,

Wahai anak didikku yang budiman!!!
Buka lah mindamu... Berfikiran positif...
Carilah perkara yang baik-baik untuk dirimu,
Usah nanti kau menyesali diri....

Wednesday, October 27, 2010


Debaran Anak-anakku Semakin Kencang.Iringan doa kejayaan dari gurumu...




Pagi ni aku menyemak kerja-kerjaku di pejabat yang bertimbun. Hari ni habis, esok kerja datang lagi. Apa nak dikata, aku yang mohon kerja mulia ini. Menghela nafas lega setelah selesai menyemak dan menanda tangani sijil-sijil anak didikku. Sekitar pukul 11.30 pagi aku masuk ke salah satu kelas tingkatan lima. Wah!!! mereka sedang belajar mata pelajaran Sejarah dengan cikgu K. Mereka sedang mengikuti sesi 'Ambang SPM'. Cikgu doakan kalian berjaya dengan cemerlang dalam SPM yang bakal tiba. Usah la gusar anak didikku sayang, usaha je....... ikut bimbingan guru-gurumu. InsyaAllah, beroleh kasih dan belas dariNya.

Monday, October 18, 2010

Salam Dari Delta Mekong


19 Oktober 2010 - Isnin

"Jauh berjalan luas pengetahuan"
Ungkapan ini segar dalam ingatanku. Itulah kata-kata cikgu Z ketika aku berada dalam darjah tiga. Kini cikgu Z sudah pun bersara tapi masih menabur bakti kepada masyarakat di kampungku dalam konteks yang lain.

Cikgu Z dan rakan-rakanku,
Aku sempat berada di bumi Sai Gon untuk beberapa hari bersama rakan-rakan pengetua. Ramai juga pelancong dari Malaysia yang kutemui di sini. Lawatan ke Delta Mekong amat bermakna bagi aku. Selama ini aku mengajar anak didikku bahawa Mekong kaya dengan tanih aluvium yang subur dan pengeluar berasa yang kedua terbesar di dunia selepas Thailand.

Oh Tuhan, terima kasih kerana hambamu yang kerdil ini berpeluang menikmati rezeki 'nasi' dari Mekong yang selama ini kulihat dari peta dalam atlas. Sedap, enak....apa lagi...nasi dari Delta Mekong ini. Aluvium anugerahMu di Delta Mekong ini terlalu luas dan membentuk landskap yang terlalu indah untuk dihayati. Syukor kerana aku dipilih untuk sampai ke sini...

Salam dari Delta Mekong, Vietnam.