Followers

Saturday, January 30, 2010



Hi-Tea Pelajar Cemerlang PMR Bersama YB Shukor

Hari Rabu (27 Januari 2010) aku terima panggilan telefon YB. YB nak meraikan pelajar cemerlang PMR 2009 dalam satu majlis Hi-Tea yang ringkas tapi bermakna bagi pelajar-pelajar. Sekolahku adalah sekolah luarbandar, pencapaian PMR tahun 2009 memang membakar semangat guru-guru untuk berusaha lebih kuat lagi pada tahun 2010 oni. Memandangkan masa terlalu suntuk, aku mencadangkan tarikh 29 Januari 2010 di Restoren Ibu Mertuaku. Restoren ini mengabadikan gambar-gambar allahyarham P.Ramlee di ruang makannya. Makanan di sini 'not bad'...sedap juga.

Petang Jumaat tu, hujan turun dengan lebat. Jjanji dengan YB pukul empat petang di Restoren Ibu Mertuaku. Wah...murid-muriku seronok sangat...makan mee kari, me hoon Singapura, kueh mueh dan sebagainya. YB hadir bersama isteri dan staf dari pejabat DUN.

YB adalah ayah angkat sekolahku mulai tahun 2009. Kisahnya bermula begini... Sebulan selepas aku diarahkan bertugas di sekolah ini, aku telah membuat kunjungan hormat ke pejabat YB memaklumkan kehadiranku sebagai pengetua baru di DUN YB. Biasa la...aku menyerahkan satu kertas kerja berkaitan dengan halatuju SMKSK yang aku dan rakan-rakan pengurusan fikirkan.

IMPAKNYA... Dua minggu selepas itu, YB melawat ke SMKSK dan dalam satu sesi minum petang dengan pelajar yang menerima anugerah cemerlang 2008, YB mengumumkan SMKSK sebagai Sekolah Angkat YB. Alhamdulillah...

2 comments:

  1. tahniah atas kecemerlangan anak murid puan!

    ReplyDelete
  2. tahniah kerana telah berjaya memberi dorongan kepada murid2 dan guru2 untuk sama-sama mencapai kecemerlangan dalam PMR lepas...

    ReplyDelete