Followers

Saturday, August 22, 2009

Budaya ICT di SMKSK



20 Ogos 2009 ~ Khamis

Pn Hajjah Noraizan(Pengetua) En Pazir(PK HEM), sebahagian guru dan En Othman (KPT) bergambar bersama En Khaidir bin Abdullah Daud ~ Juruteknik Komputer yang mengendalikan kursus senggara komputer secara hands on di makmal komputer sekolah.

Berdasarkan analisis SWOT ~ aku dapati senggara komputer menjadi masalah di sekolahku ini. Sekolah ada makmal dan note book yang dibekalkan melalui dasar pendidikan (PPSMI). Sekolah tak layak dapat juruteknik komputer. Namun akal kena panjang dan hubungan komuniti mestilah baik. Pengalaman sebagai PK Pentadbiran di Sekolah Bestari di Gombak, banyak membantu aku menjalankan tugas baru ini.

Syukor ke hadrat Ilahi dan terima kasih kepada pengetua SMKSP kerana telah memberi sokongan kepadaku untuk menjayakan kursus senggara ICT di SMKSK. Kursus secara hands on dilaksanakan dalam 4 sidang dan melibatkan (48 orang guru). Guru-guru amat menghargai usaha ini. Lepas ni mereka dah tahu la samada nak repair atau nak reformat note book atau pc sekolah. Apa-apa pun driver pc mesti ada da... untuk senggara komputer tau. Maka rekod harta modal mesti la kemas kini beb.... Semoga budya ICT terus berkembang dalam kalangan guru-guruku. Lepas ni nak perluaskan pada murid-murid juga.

3 comments:

  1. Tahniah! Semoga pembudayaan ICT akan terus berkembang.

    ReplyDelete
  2. sikit nya cikgu...sy ada 105 ! murid -+ 1700 - letih lo....

    ReplyDelete
  3. Kursus tu ada 4 kumpulan.He...he...Cikgu ada 74 orang ma, murid -+1200, satu sesi. Bangunan sekolah bentuk square.Em...faham-faham je la bebudak ni.Pening gak sebab setiap penjuru ada pergerakan dia orang.Nak nya jika cikgu lewat masuk kelas.....

    ReplyDelete