Followers

Tuesday, May 4, 2010

Indah dan hebatnya Maharani...

Pada satu kesempatan akhir bulan April, aku ke selatan tanah air bersama 30 orang rakan sejawat.

Hari Pertama: Bas persiaran sewa khas membawa kami ke 'Bandar Maharani' Muar Johor Darul Takzim. Destinasi pertama ialah jeti Tanjung Mas...menaiki feri menyulusuri Sungai Muar. Hebat negaraku ni...pemandangan di kedua tebing sungai sungguh menarik.



Setengah jam berlalu, kami singgah membeli 'paste' Mee Bandung Muar. Em...boleh tahan harganya RM10.00 satu tapi sedap punya pasal...kira ok je la.Kami singgah makan tengah hari di restoren yang telah ditempah awal oleh syarikat pelancongan. Punya la enaknya gulai nangka, ulam-ulam, ayam goreng dan istemewanya petis bungkus daun pisang. Kami juga dihidang dengan martabak Singapura yang memang enak rasanya.....

Seterusnya kami melawat ladang cendawan terbesar di Malaysia. Pelbagai jenis cendawan diusahakan di sini. Selain itu kami boleh membeli 'jajan' berasaskan cendawan. Not bad...enak juga cendawan yang dikeringkan dengan pelbagai perisa. Tapi...ingat-ingat la kawan, bahan perasa tak bagus untuk kesihatan.



Perjalanan diteruskan ke Pagoh, Muar. Destinasi kali ni menjelajah ladang jutawan herba Hj Nasuha. Pengalaman naik tren khas milik pengusaha ni memang meninggalkan nostalgia. Nak tengok, ok sila kan...ha best la juga...tengok tu sume ketawa. Wow!!! abis terbang serabut di kepala. Tau je la ka...kat sekolah banyak kerenah yang kadang2 pening kepala dibuatnya...

Ha tengok buah yang hijau besar tu. Kak macam katak puru je rupanya. kekawan tu namanya buah GORA yang berasal dari Yaman. Terjah la laman seswang Tn Hj Nasuha, pasti jumpa khasiahnya...



Perjalanan diteruskan ke Johor Baharu Ameen.ke hotel penginapan. Alamak...jalan jam teruk malam tu.Alahai ada Jom Heboh kat Danga Bay rupanya.Hai...ramai le remaja buang masa kat situ. Aku berdoa semoga tempat yang indah tu bersih dari segal-galanya. Sampai di hotel pukul 9.00 malam.kami diberi setengah jam je untuk siap siaga di dewan khas untuk majlis 'menggunung Jasa Melangit Budi' bagi meraikan rakan pengetua yang dah bersara dan bakal bersara. Badan dah penat, mata pun dah layu....banyak makanan yang tak dapat dijamah. Hampir pukul 12 tengah malam majlis selesai....



Sampai di sini dulu...jumpa hari kedua yek!!!!

1 comment:

  1. Nice blog you have here. I'm on a blog-raider mission. Looking for potential customers who would be getting married soon. No pun intended for those who are still looking...
    Sorry for using this method as I can't afford to finance my business ads on media prima Tv channels.

    http://videokahwin2.blogspot.com/

    ReplyDelete