Followers

Monday, March 15, 2010

Pengumuman SPM 2009 di Dewan SMKSK



Seluruh negara pada 11 Mac 2010~ ibu bapa, guru-guru, pegawai pendidikan dan pelajar SPM tahun 2009 ....ghairah dengan keputusan SPM yang diumumkan. TAHNIAH !!! kepada anak didik SMKSK yang berjaya dengan cemerlang. Pencapaian kalian berbaloi setelah penat lelah dilaburkan bersama kegigihan guru-guru. Kepada yang tidak mencapai sasaran, jangan salahkan takdir, ibu bapa atau sesiapa pun kerana SEMUANYA terletak pada diri sendiri. Guru? mak? ayah? atau rakan-rakan telah mengingtkan kalian supaya memberi sepenuh fokus kepada pelajaran.

Selamat maju jaya dan meneruskan perjuangan masa depan yang lebih mencabar. Namun kuingin berpesan...apa-apapun situasinya tekunlah mendirikan solat lima waktu, bacalah Al-Quran dan taat kepada kedua ibu bapa. InsyaAllah, kalian selamat dunia dan akhirat.

4 comments:

  1. Tahniah atas kejayaan anak murid cikgu!

    Saya tidak berkesempatan bersama2 meraikan kejayaan anak murid kerana telah diberi ujian oleh Allah swt. Diberitakan seramai 10 orang telah dapat 10/11 A...Yang lain2 tu ade la lagi...Sila lah ke AGK untuk berita2 seterusnya!
    Cikgu Nur Eye boleh tahu saya sedang buat apa sekarang!

    ReplyDelete
  2. cikgu Sonata, Saya selalu ke AGK tapi sejak hari Jumaat hingga hari selasa di JB. Anak saudara yang sulung kahwin. SABAR ya dengan ujian Allah, tu tanda Dia sayang pada hambaNya. Terima kasih sempat jenguk saya di Seribayu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Opie, Opie juga kena hebat juga seperti kak Nur Shairah Husna (10A+,4A, kak Seow Yen Yik 7A+,4A)dan kak Nursyifaq (8A+,2A- dan 1B+). Jadi usaha betul-betul untuk Straigh A dalam PMR ya.

    ReplyDelete