Followers

Monday, March 8, 2010

Buat Pertama Kalinya...

5 Mac 2010 ~ Pagi Jumaat itu suasana bumi Kundang milik Illahi ini amat tenang dan cerah sekali. Aku berdoa agar solat hajat perdana yang julung kali diadakan di Dataran Kundang menjadi sejarah yang diingati oleh generasiku. Solat hajat ini diadakan sekaligus mengingati junjungan besar nabi Muhammad (s.a.w) yang kita kasihi. Persediaan awal telah dibuat bersama dengan jawatankuasa pelaksana. Aku dapati guru-guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa amat teruju untuk mnunaikan solat hajat kali ini. Ya la selalunya solat hajat diadakan bila hampir PMR atau SPM di dewan sekolah. Tapi kali ini, aku mencadangkan dataran perhimpuan dengan langit terbuka luas. Cadangan ini diterima oleh guru-guru dan AJK PIBG sekolahku. Alhamdulillah.... semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Solat hajat kali ini diimamkan oleh En Ahmad B yang juga imam di kawasan perumahannya dan dia bakal bersama pertengahan mei 2010 ini. Terima kasih cikgu AB



Semoga Allah memberi rahmatNya kepada seluruh warga sekolahku. Amin.....

4 comments:

  1. usaha yg baik pengetua, boleh jadi amalan

    ReplyDelete
  2. cikgu sentiasa memikirkan untuk buat yang terbaik bagi warga SMKSK khasnya anak didik yang masih dahagakan ilmu pengetahuan.

    ReplyDelete
  3. cikgu teroskan perjuangan untuk warga smksk..hidup Pn. Noraizan!! agi idup agi ngelabAN!! EHEHE

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Putera Adika dengan kata-kata semangat tu. Semoga kita hidupkan SMKSK dengan pelbagai kecemerlang khasnya sahsiah dan akademik. Pasti BOLEH ye!!!

    ReplyDelete