Followers

Monday, October 18, 2010

Salam Dari Delta Mekong


19 Oktober 2010 - Isnin

"Jauh berjalan luas pengetahuan"
Ungkapan ini segar dalam ingatanku. Itulah kata-kata cikgu Z ketika aku berada dalam darjah tiga. Kini cikgu Z sudah pun bersara tapi masih menabur bakti kepada masyarakat di kampungku dalam konteks yang lain.

Cikgu Z dan rakan-rakanku,
Aku sempat berada di bumi Sai Gon untuk beberapa hari bersama rakan-rakan pengetua. Ramai juga pelancong dari Malaysia yang kutemui di sini. Lawatan ke Delta Mekong amat bermakna bagi aku. Selama ini aku mengajar anak didikku bahawa Mekong kaya dengan tanih aluvium yang subur dan pengeluar berasa yang kedua terbesar di dunia selepas Thailand.

Oh Tuhan, terima kasih kerana hambamu yang kerdil ini berpeluang menikmati rezeki 'nasi' dari Mekong yang selama ini kulihat dari peta dalam atlas. Sedap, enak....apa lagi...nasi dari Delta Mekong ini. Aluvium anugerahMu di Delta Mekong ini terlalu luas dan membentuk landskap yang terlalu indah untuk dihayati. Syukor kerana aku dipilih untuk sampai ke sini...

Salam dari Delta Mekong, Vietnam.

1 comment:

  1. Menghayati keindahan alam di tempat orang. Gambar berlatarkan deretan pokok nipah. indah sekali pepohon yang tumbuh ditepian sungai.

    ReplyDelete