Followers

Sunday, September 13, 2009

Majlis Penutup Bulan Kemanusiaan dan Kemerdekaan

11 September 2009 - Jumaat : Pagi tu persiapan telah dibuat oleh jawatankuasa majlis. Guru-guru dan murid sepakat dan saling bekerjasama menyiapkan pentas. Di sekolahku ini 'Bicara Tokoh' memang menjadi pengisian setiap kali menyambut bulan kemerdekaan.

Bicara Tokoh kali ini bersama Tan Sri Datin Paduka Seri Zaleha Ismail
Tokoh ini sampai di perkarangan sekolah jam 7.50 pagi. Beliau memang seorang yang menepati masa. Jemputan untuknya jam 8.00 pagi. Aku teringat masa di sekolah lama, beliau kerap dijemput dan banyak memberi sumbangan kewangan semasa menjadi ahli parlimen dulu.



Inginku kongsikan di sini nikmat kemerdekaan yang
diungkapkan oleh Yang Berbahagia Tan Sri:

Nikmat Kerajaan sendiri:
Rakyat dapat memerintah sendiri negara tercinta ini.
Nikmat Kesihatan:
Kesihatan rakyat diutamakan dengan banyaknya kemudahan kesihatan
Nikmat Pendidikan:
Banyak universiti ditubuhkan tapi anak bangsa mesti bersaing untuk
menjejakkan kaki ke menara gading.
Nikmat alam sekitar :
Rakyat mestilah menghargai alam sekitar agar sentiasa terpelihara demi
anak cucu kita pada masa depan. Setiap rakyat berhak
mendapat alam sekitar yang bersih.
Nikmat ekonomi:
Negara mengagihkan kekayaan kepada rakyat secara langsung atau tidak langsung.


Aku bukanlah pakar dalam hal politik tetapi syukor negara ini tidak dijajah secara fizikal lagi. Namun yang membimbangkan aku ialah kerenah anak-anak muda masa kini.

Wahai anak muda! Jangan biarkan mindamu dijajah oleh perkara-perkara negatif yang akan mengadaikan maruah agama, bangsa dan negara ini.

Antara sepanduk kemerdekaan yang
dihasilkan oleh pelajar.


Sebahagian guru SMKSK pada majlis tersebut.
Pn Norliza menyampaikan sajak khas untuk sri kandi negara Tan Sri Datin Paduka Seri Zaleha Ismail
YDP PIBG Tn Haji Abdul Aziz, menyampaikan hadiah
kepada salah seorang pelajar yang memenangi
aktiviti pertandingan sepanjang bulan Kemanusiaan dan Kemerdekaan.



Menyanyikan lagu Satu Malaysia, lagu 31 Ogos dan Bahtera Merdeka

Merdeka!

Merdeka!

Merdeka!


Sunday, September 6, 2009

Aku jatuh cinta...memori indah bersamamu

Jatuh cinta!!!..... memang indah sekali. Memang aku sesangat jatuh cinta dengan subjek kesukaanku. Apa lagi 'GEOGRAFI" la. Apa tidaknya....subjek ini banyak mewarnai kehidupanku. Mungkin juga aku ni anak desa, membesar dalam lingkungan alam semula jadi yang indah, nyaman dan tenang. Hai!...rakan-rakan, hai anak-anak didikku!, kalian tentu dapat menghirup udara 'oksigen' yang nyaman dan bersih bila berada di kawasan yang baaaanyak tumbuh-tumbuhan hijau 'pokok'. Fikiran juga menjadi tenanggg....setenang air di kali.

Selain itu, geografi mendidik kita menjadi khalifah bumi yang bersyukur dengan keindahan alam ciptaan Ilahi.Sebagai contoh kita dapat melihat sendiri kepelbagaian tumbuh-tumbuhan yang berubah ciri-cirinya mengikut ketinggian. Justeru, bagi insan yang mahu berfikir mereka akan menghargai dan memelihara alam sekitarnya. Jika tak percaya....cubalah tanya cikgu-cikgu geografi atau 'sahabat alam'.

Lantaran kecintaanku pada subjek ini, aku berhasrat mendaki Gunung Kinabalu. Syukur kehadrat Ilahi, aku, suami dan anak bongsu Haziq dan bersama enam rakan yang lain telah berjaya sampai ke puncakmu Kinabalu. Cuma seorang je yang tak sampai ke 'summit'. Memori indah di puncakmu Kinabalu tidak akan kulupakan. Pengalaman ini segar dalam ingatanku bak sesegar udara di puncakmu. Oh! Tuhan....luasnya bumiMu yang terbentang di depan mataku dan indahnya pemandangan matahari terbit pagi. Aku juga dapat melihat kejadian olak suhu dari puncakmu Kinabalu.


Pukul 7.00 pagi ~ 4 Disember 2007

Aku bersama Haziq dan Fauziah ~ melepaskan lelah sekejap. Cuma 500 meter aje lagi nak sampai ke 'summit' Low Peak.




Lumut ~ tumbuh-tumbuhan gunung









Orkid ~ juga tumbuh-tumbuhan gunung





Pokok renek yang berdaun merah ~ bukannya bunga tau..




Jika ada keizinan kesihatan rasa nak lagi mendakimu Kinabalu. Bukannya apa-apa, dalam perjalanan menuruni cerun yang curam untuk balik ke kem, ada pendaki yang dah berusia terpaksa didukung oleh malim gunung untuk turun kaki gunung. Em...upahnya mahal.

" Ilmu yang ada pada seseorang pasti mempengaruhi cara hidup dan cara individu itu berinterksi dengan alam sekitarnya".

Saturday, September 5, 2009


Masa berlalu terlalu pantas...1 September yang lalu, aku telah 6 bulan berada di sekolah baru. Em..em... banyak lagi perkara yang mestiku gali dan fikirkan. Namun, kesyukuran kupanjatkan pada Ilahi kerana dalam tempoh ini hambamu mendapat respon yang positif. Belajar dan terus belajar... Ini la sekolah baru aku.

PMR datang lagi...

PMR datang lagi...

Anak didikku telah mendapat peluang menduduki ujian kertas geografi dan sejarah yang dikendalikan oleh LPM. Seramai 100 orang pelajar menduduki ujian tersebut. Dulu..dulu... ada sekali dijalankan ujian serupa ini di SMKSP. Kali ni...peluang anak didikku di SMKSK