Followers

Showing posts with label Akademik. Show all posts
Showing posts with label Akademik. Show all posts

Wednesday, October 27, 2010


Debaran Anak-anakku Semakin Kencang.Iringan doa kejayaan dari gurumu...




Pagi ni aku menyemak kerja-kerjaku di pejabat yang bertimbun. Hari ni habis, esok kerja datang lagi. Apa nak dikata, aku yang mohon kerja mulia ini. Menghela nafas lega setelah selesai menyemak dan menanda tangani sijil-sijil anak didikku. Sekitar pukul 11.30 pagi aku masuk ke salah satu kelas tingkatan lima. Wah!!! mereka sedang belajar mata pelajaran Sejarah dengan cikgu K. Mereka sedang mengikuti sesi 'Ambang SPM'. Cikgu doakan kalian berjaya dengan cemerlang dalam SPM yang bakal tiba. Usah la gusar anak didikku sayang, usaha je....... ikut bimbingan guru-gurumu. InsyaAllah, beroleh kasih dan belas dariNya.

Tuesday, October 12, 2010

Terima kasih Buatmu

12 Okt 2010 : Terima kasih Buatmu...

Terima kasih kepada semua para pentadbir, guru-guru, staf dan pekerja yang menyumbang kepada usaha merealisasikan sasaran prestasi PMR 2010. Usaha telah ditabur tak kira masa dan tempat. Kita telah bulatkan tekad untuk mencipta kecemerlangan dalam dunia kita "SMK Seri Kundang".


Mudah-mudahan Allah izinkan kita menuai keputusan PMR yang cemerlang. Kita tungggggu kedatangan akhir Disember 2010. Ya ALLAH, ya TUHANku... makbulkan doa kami. Hanya Engkau yang Maha mengetahui keinginan kami.

Tak lupaku ucapkan "Terima kasih kepada Ketua Pengawas dan para pengawas PMR" di sekolahku.

Sunday, October 3, 2010

PMR 2010 : 'It's just a round the conner my dear'

Kepada semua calon PMR 2010'

Saya doakan kalian tenang melangkah ke dewan peperiksaan dengan penuh persediaan.
Telah banyak usaha dan program peningkatan dilaksanakan untuk kalian.
Mulakan dengan Bismilla......
Baca soalan dengan teliti,
Jawablah kehendak soalan,
Garis kata kunci soalan,
Apa lagi....
Pilih jawapan yang tepat...
Cuma ada satu saja jawapan...
Dikau tak pasti...
Guru berpesan...ikut naluri hati,
Tetapkan pendirian pada jawapan kali pertama..
Moga berjaya,
Akhirkan dengan lafaz Alhamdulillah,
Alhamdulillah...
Kami doakan kalian berjaya
Mengharumkan nama ayahanda bonda
Sekaligus SMK Seri Kundang kita.

Doa dan Salam dari Pengetua.