Semalam, hari ni... esok belum pasti.Semuanya akan menjadi sejarah, teladan dan memori yang wajar untuk direnung serta difikirkan.
Followers
Sunday, July 26, 2009
esei dg48
Sehari suntuk duduk depan komputer....kumpul bahan untuk esei ptk dg48 aku. Belum mula lagi...
Thursday, July 23, 2009
Hari ke 144 ~ Khamis oo... Khamis
Khamis...oh..Khamis ~ 23/7/2009,
Dalam takwim, hari ni aku mempengerusikan mesyuarat kewangan ke 2 .... apa dah jadi...apa dah jadi... terpaksa tangguh ke tarikh baru. Nazir Persekutuan KPM datang ke sekolah dari jam 8 pagi hingga 2.45 ptg. Mereka memantau pnp guru tassawur islam dan pengurusan fail tassawur serta pendidikan islam. Sesi taklimat dapatan paling aku tunggu... tunggu.... semua ustazah dan ustaz (sorang je) dipanggil untuk sesi ini.
Biasa la....nazir buat kerja mereka tapi pendekatannya banyak perubahan berbanding dulu. Sebagai pengetua baru di sekolah ni (hari ke 144) banyak maklumat tersirat menerpa di benakku...anyway itu sejarah pengurusan dulu. Aku ada tanggungjawab dan amanah yang mesti ditunaikan demi melonjakkan kecemerlangan sekolah. Terima kasih ya Tuhanku....ada hikmah di sebalik kehadiran nazir ini.....

Saturday, July 4, 2009
Duri-duri Yang Tajam
Seminggu berkursus di IAB Genting, hari ni baru sempat buka blog. Ahad ~ 5/7/09 naik balik ke sana. Anyway pelbagai input Kepimpinan Pengurusan Pendidikan aku peroleh...bukannya senang jadi pemimpin di sekolah. Mesti rajin dan banyak membaca, berpengetahuan, kreatif, banyak berfikir dan tentunya komunikasi mesti berkesan. Segala tindakan melibatkan integriti, akauntabiliti, amanah dan ketelusan kerana ia ada impaknya....Aduhai...Tuhanku...Ya Allah, berilah hambamu yang lemah ini kewarasan dan kebijaksanaan dalam hal ini kerana di sekelilingku terlalu banyak cabaran umpama duri-duri yang tajam. Duri-duri ini mengingatkan aku supaya selalu berada di landasan yang betul dalam pengurusan. Sakit gak kepala weh!!!
Tuesday, June 23, 2009
Remaja hanya sekali ...tak ternilai harganya
23 Jun 2009 Remaja kini amat rapuh memberi 'cinta' kepada rakan sebaya. Hari ni aku didatangi oleh penjaga bersama anak gadisnya yang belajar di sekolahku. Isunya cinta monyet. Tingkatan tiga pulak tu,....alahai, syukur la aku ni lulusan sarjana psikologi. Umur-umur gini memang 'intrested' kepada gender yang berlawanan. Ibu bapa mesti beri perhatian pada anak-anak remaja 'teen age' ni. Siasat punya siasat.... rupanya dah sebelas bulan bercinta sakan alih-alih nak putus. kedua-duanya akan diberi nasihat oleh kaunselor..... remaja hanya sekali.... tak ternilai harganya.
Publish Post
Monday, June 22, 2009
jangan ambil mudah
Hari ni, mempengerusikan mesyuarat pegawai kanan kadet polis... segaknya rakan-rakan guru yang pakai uniform kadet polis....Tapi jangan ambil mudah... pesan SI(Sub Inspektor) dari IPD, jangan singgah mana-mana dengan pakaian uniform ni. Ingatkan polis 'betul' lain cerita pula jadinya.Ingat tu jangan ambil mudah.

Thursday, June 18, 2009
Persembahan Murid Pendidikan Khas
18 Jun 2009 ~ Aku ke majlis sambutan hari guru daerahku di sebuah sekolah berasrama penuh. Sesungguhnya mulianya tugas seorang guru jika amanah dan tanggungjawab disempurnakan. Aku terkedu melihat empat orang pelajar pendidikan khas membuat persembahan di pentas. Semua hadirin begitu terpegun dengan keupayaan mereka. Suaramu lunak dan sedap mendendangkan lirik-lirik lagu yang mempunyai mesej untuk hadirin.Tahniah kepada pendidik....
Subscribe to:
Posts (Atom)