Followers

Thursday, March 24, 2011

Kecemerlangan Bukannya Kebetulan

Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!....kuungkapkan 3 kali penghargaan buat murid-muridku yang mencipta kejayaan cemerlang dalam SPM 2010. Penat lelah dan pengorbanan masa tidurmu, masa rehatmu dan masa bermainmu telah berbayar dengan kejayaan. Itulah yang dikatakan 'Kecemerlangan Bukannya Kebetulan'
.
Kepada murid-muridku yang prestasi hanya ala kadar saja, tanyalah dirimu, soallah dirimu, persalahkan dirimu dahulu kerana apabila menunjuk sesuatu, empat daripada jarimu menghala kepadamu.
Gurumu yang bersalah?...mungkin ya, mungkin tidak!! Bondamu yang bersalah? Oh...tidak! tidak! tidak!. Ayahandamu yang bersalah? Em...juga tidak!!!!...habis siapa yang bersalah atas kegagalanmu itu? Sekolah?...Fikirkan betul-betul!!! Setahun berapa hari saja kehadiranmu? Siapkah kerja sekolahmu?....Maaf kerana banyak sangat soalan cikgu. Namun pada cikgu masih ada ruang dan waktu untuk membetulkan keadaan. Kamu baru berumur 18 tahun, peluang dan pilihan banyak di luar sana untuk dipilih. Pilihan adalah tanggungjawabmu wahai anak didiku.Jika kau keliru dan tidak pasti....datanglah, datanglah kepangkuan cikgu, banyak tangan yang sedia membantu.
Salam dan ingatan kasih dari gurumu...pn nor.

Wednesday, March 16, 2011

Cuti 3 Hari

Cerita hal sekolah memang tak habis ... Mulai hari ni aku ambil cuti tahunan hingga Jumaat (18/3) dan sambung hujung minggu. Dalam perkiraan, ini cuti pertama yang aku ambil untuk tahun 2011. Rindu benar pada bonda, ayahanda dan adik-adik di desa. Aku rindu suasana di kolam ayah yang tenang airnya.

Yes!!! ini lah masanya untuk aku memancing di kolam buatan milik ayahku.
Terbayang ketenangan dan nyamannya menghirup udara pagi yang segar dan bersih!!!

PALING UTAMA .... aku nak relax dan rehatkan minda.
Simpan dan menjana tenaga serta fikiran untuk sinergi kecemerlangan sekolah.

Saturday, March 12, 2011

Cemerlangkan Dirimu Sayang


Wahai anak didikku...
Apa jua program yang diadakan,
semuanya, semuanya memberi impak kepadamu
Januari, Februari telah berlabuh
Kini Mac 2011 membuka tirainya,
Sepetang Bersama JUSA C Bahasa Inggeris,
Simulasi Haji,
Sehari Bersama Cgu Jinggo,
Tahbib Bahasa Arab.....
Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Kokurikulum,
Kursus Kepimpinan Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan dan AJK Kebersihan
telah berlangsung untuk menitip kecemerlangan diri kalian...
Kumohon pada kalian anak-anak didikku...
Cemerlangkan Dirimu Sayang dengan
Ilmu dunia dan jambatan ke akhirat...
Wahai mata yang memandang,
Wahai telinga yang mendengar...
Berat lagi bahu yang memikul tanggungjawab ini.
Program untuk guru, impak untuk murid dan organisasi.

Salam Kecemerlangan buat guru-guru dan anak-anak didikku.
Pn Noraizan