Followers

Saturday, February 20, 2010

Dengarlah suara kami...

Pagi tadi....jam 9.30 pagi , aku dan hubby menghadiri majlis dialog bersama MPS. Biasanya aku tak terpanggil nak menyibuk diri majlis macam ni. Tapi kali ni, aku mesti pergi.....apa tidaknya, keselesaan penduduk sekitar taman perumahan termasuklah aku akan tergugat. Aaahh...... hypermarket Econsave nak dibina di laluan masuk ke kawasan perumahan ni.

Aku luahkan pendapat aku dalam sesi dialog ni. Biasa la...cikgi sebelum buka mulut, dia akan kumpul fakta secukupnya. Aku mengambil peluang mengutarakan beberapa fakta kepada pengerusi majlis iaitu YB DUN Rawang. Selepas memperkenalkan diri, aku mengemukakan lima isu dari sudut pandangan mata seorang guru.... yang mesti diambilkira oleh MPS dan pemaju Econsave. Aku tengok YB mencatat apa yang aku ketengahkan.

Isu pertama : Density of population di lokasi pembinaan mesti diambil kira.
Isu ke 2 : Pendekatan 3K dalam komuniti (Keselamatan, Kebersihan, Kesihatan)
Isu ke 3 : Impak sosial kepada penduduk - alamak kesesakan jalan raya bakal
maksimum......Ada dua buah sekolah berhampiran tapak binaan. Bayangkan waktu
petang. Pasti sesak kat situ. Aduhai....tension!!! huh...kesan psikologi tuuuu....boleh
jejaskan kesihatan mantel tau jika tak diurus..... Bukan semua orang tahu mengurus
stress ma.... Sekarang ni pun aku ke sekolah jam 6.30 pagi.
Isu ke 4 : Tak de jalan alternatif di sediakan oleh MPS atau Econsave dalam master plan.
Isu ke 5 : Tak sampai 2 km dari tapak cadangan pembinaan Econsave dah tersergam TESCO
yang baru je sebulan beroperasi. Dia orang ni betul-betul tak fikir keselesaan rakyat.
Hai...Nabil...u ajar la mereka ni berfikir......

Tak sangka la pula, abis si cikgu ni bercakap hadirin bertepuk tangan. Tau ngape....KAMI BANGKANG PEMBINAAN ECONSAVE di lokasi yang dicadangkan. Tapi kita ni orang kecil....sekadar berdialog je agaknya. Kelulusan pembinaan telah dikeluarkan oleh pihak MPS.

Aku berharap sesi dialog pagi tadi diambil kira supaya pihak MPS dan pemaju menyediakan pelebaran jalan masuk yang bersesuaian dan jalan alternatif untuk penduduk supaya kami tak tension dengan kesesakan jalan raya setiap hari. Entahlah ya ... tadi aku sempat tengok 'master plan' nya tak de tu semua. Yang ada hanya sekadar melebarkan jalan masuk yang tak berapa kaki je. Hai kawan-kawan!! .... pencen aku nak balik kampung la.... tenang kepala... duit ada pergi melancong sana sini atau pergi umrah atau haji lagi...

Cameron Hingland yang samakin panas....





Rata-rata sekolah bercuti selama seminggu sempena Tahun Baru Cina. Ramai guru-guruku balik ke kampung dan tak kurang juga mengambil ruang ini menyiapkan soalan UJIAN 1 yang bakal dilaksanakan mulai 9 - 12 hn Mac ini. Aduhai...tahniah dan syabar cikgu. Tak kira cuti, kerja dibereskan. 'Anyway family first' ya...

Aku juga balik ke kampung menemui ayahanda dan bondaku. Emm...mereka sudah tua. Terngiang-ngiang lagu JASA BONDA yang seringku perdengarkan kepada anak didikku sebagai induksi set pada sesi bertemu mereka. "Ayahanda dan Bonda, anakmu amat menyayangimu....."

Aku hanya memohon cuti selama dua hari je. Haziq pun tak cuti panjang...MCKK cuti hingga Rabu sahaja. Aku, suami dan Haziq mengambil kesempatan ke Cameron Highland dalam perjalanan menghantar Haziq balik ke MCKK. Udara di tanah tinggi ini masih nyaman tetapi suhu agak panas sedikit berbanding satu ketika dulu.... Oh..Oh...ni la kesan kegiatan manusia terhadap iklim setempat.

Pembangunan perbandaran di Tanah Rata dan Brinchang agak pesat. Ya la...bagi memenuhi keperluan pelancong yang berbilang bangsa. Namun aku berdoa agar pembangunan lestari diamalkan oleh pihak berwajib agar alam sekitarnya dipelihara. Ladang teh tetap menjadi panorama indah di kawasan pelancongan tanah tinggi ini... Hey!!! buah strawberi begitu menggoda warnanya.... not bad RM 40.00 untuk enam paket. Boleh la Haziq kenduri dengan kawan-kawannya.... Lihat la...gambar yang kurakamkan.

Saturday, February 13, 2010

Cuti Panjang Yang Bermakna

Oh Tuhanku...,
Engkau kurniakan cuti yang panjang buat kami warga guru. Aku sendiri punya banyak kerja yang mesti disiapkan dalam kesempatan ini. Terima kasih dan syukor padaMu.

Namun dalam kesempatan ini aku nak balik ke kampung. Ah...tak sabar aku nak memancing di kolam ikan ayahku. Em...bestnya!!!. Aktiviti memancing dan berkebun memang menjadi minatku. Ha...buah langsat di kebun abahku pada Januari yang lalu...

Thursday, February 11, 2010

Bersama Meraikan Xong Xi Fa Cai di SMKSK





Semalam aku dan suami mengunjungi gerai yang menjual limau mandarin. Setelah memilih buah yang berkualiti, aku membeli enam kotak liamu mandarin untuk majlis "Bersama Meraikan Xong Xi Fa Cai" yang julung-julung kali diadakan di sekolahku ini. Aku rasa gembira sekali kerana berpeluang bersama rakan pentadbir, guru-guru, staf dan seluruh murid-murid memberi sedikit kegembiraan kepada pelajar Tionghua yang kurang berkemampuan menyambut Tahun Baru Cina ~ Tahun Harimau. Walaupun sekadar dua biji limau mandarin dan RM10.00 sebagai angpau, ia cukup menampakkan kegembiraan dalam kalangan anak-anakku yang berbangsa Tionghua. Mereka rasa dihargai walaupun bilangan mereka tidak ramai di sekolahku ini.

Kaunselor telah mengenalpasti seramai 22 orang murid Tionghua, 5 orang Melayu dan 5 orang India yang kurang berkemampuan. Limau mandarin disampaikan oleh 32 orang ketua kelas kepada mereka. Cara memberi limau mandarin juga ditunjukkan supaya mereka belajar memahami budaya masyarakat Tionghua yang meraikan Tahun Baru Cina. Selain itu, aku bersama rakan pentadbir dan guru menyampaikan sampul merah 'Angpau' kepada mereka. Harapanku majlis nini memberi impak ke arah pemupukan perpaduan antara pelajar demi melangsungkan keharmonian, sayangkan sekolah dan sekali gus dapat menjana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Jam 7.20 pagi: Murid-murid berkumpul di dataran perhimpunan manakala guru dan staf berbaris di koridor pejabat dan bilik guru untuk menyaksikan berlangsungnya majlis ini. Sekolahku hanya ada seorang sahaja guru Tionghua dan dia juga menerima limau mandarin dalam majlis ini. Walau apapun .... cikgu ucapkan 'XONG CI FA CAI' kepada semua murid Tinghua dan Pn Michele.

Monday, February 8, 2010

Semangat anak remaja





Aduhai...anak remaja. Kalian memang sangat bertenaga...usia muda katakan. Hampir dua minggu aku perhatikan, kalian berlatih kawad di dataran perhimpunan tanpa mengira panas mentari. Em...bagus juga jika aku buka kepada warga sekolah untuk menjenamakan dataran ini.

Berlatih lah sayang, berlatihlah...6 Februari menentukan kehebatan platon kalian. Aku mengharapkan anak-anak didikku ini seimbang kecemerlangannya. Dapatan dari pemerhatianku mereka ini sangat rajin berlatih. Kadang-kadang pagi tak datang untuk sesi p&p, alih-alih petang ada berkawad. Ini lah situasi yang berlaku dalam segelintir anak didikku.

6 Februari 2010 - 'Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Peringkat Sekolah' diadakan. Kehadiran pelajar diambil di tapak perhimpunan dan mereka diberi markah kokurikulum kerana terlibat secara tidak langsung menjayakan pertandingan ini. Sebenarnya aku dah tiga hari tiada di sekolah kerana berkursus di IAB Induk Genting Hingland. Namun syukur kepada Ilahi dan terima kasih kepada PK Koku yang telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik...biasalah 'empowerment' mesti dibuat. Suatu hari nanti mereka juga bakal meneraju sesebuah sekolah.

Dalam ucapan perasmian penutup pertandingan ini, aku garapkan harapan berikut kepada semua yang hadir khasnya anak didikku:
1) Guru dan murid berpakaian unit uniform masing-masing pada setiap hari Rabu.
2) Kesungguhan berlatih diterjemahkan juga kepada kesungguhan dalam mencapai
kecemerlangan akademik
3) Tingkah laku berdisiplin diamalkan pada setiap masa demi merealisasikan sahsiah mulia.

Ah...cukup lah dulu...sekadar ini yang dapat ku kongsi di sini. Kuabadikan tiga keping gambar anak-anak didik yang hebat di padang kawad. Moga-moga mereka juga hebat dalam akademik dan berpekerti mulia. Ameeen.